Sunday, April 27, 2008
God is One

Gog is God, Human is human being. That's it.

    When we talk about God we must evaluate first who are we. How we born in this world? What we are doing in this world? Why we are born here? First thing first we should master to answer those question before we ask about the God.

    Then we have to know about the mean of the God. Why we need God in our life? could we stand alone with family or friends. Or we just need help from the advanced gadget like what happen nowadays.

    Last but not least, we should have a good and sincere intention before we want to start with the first step. Then we can find the GOD.

Posted at 09:23 am by islamicthinker
Comments (2)  

Wednesday, January 02, 2008
Azam Tahun baru!!!!!!!!!!!!

Memastikan diri ini Menggerakan kembali "MUSLIMSATELIT.BLOGDRIVE" 

 SEBAGIAI  medium Politik diperingkat Kampus Dan Nasional. 

 

Saya juga pasti akan mengulas ISU secara analitikal tanpa menyembunyikan amana-mana fakta.

Saya juga tidak akan mengulas ISU secara berat sebelah dan tidak bertanggungjawab.

HepY New YeAr!


Posted at 10:55 am by islamicthinker
Comment (1)  

Raja Adil Raja Disembah.....Menteri Korup Menteri Ditentang

 

APA DAH NAK JADI DENGAN MALAYSIA??

Malaysia boleh dalam segala hal. Penulis teringat akan Kes Clinton-Monica lwinsky.... President Amerika terus letak jawatan dan partinya kalah dalam pilihanraya.

TAPI

 Di Malaysia, Menteri tak nak letak jawatan. Apa kejadahnya pemimpin macam ni masih ada dalam kabinet? Mana Pak Lah? Mana Sekretariat Islam Hadari? Mana Polis? Mana Pemimpin Pemuda UMNO?

Chua: I'm the one in sex video
Jan 1, 08 4:32pm

Health Minister Dr Chua Soi Lek today openly admitted that he was the person featured in a video depicting a man having sex with a woman purportedly in a hotel room.

Chua, 60, who is also MCA vice-president, made the confession at a press conference this afternoon in his parliamentary constituency of Labis in Johor.

However, he said that he will not resign as health minister but will instead let Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi decide on his fate.

"I serve at the pleasure of the prime minister," he said. "I will not allow (other) people to jeopardise or obstruct my duties."

An apparently calm and composed Chua vowed that he would continue his ministerial and party duties as normal.

The senior MCA leader, who is married with three children, also said that the 30-something woman featured in the video clip was a "personal friend".

“I am the man in the tape. The girl is a personal friend,” Chua said from a prepared statement at the Labis MCA headquarters at 4pm, accompanied by a group of 50 party supporters and local leaders.

The veteran politician emphasised that he did not make the tape himself.

“Who have done this is not important. What is most important is that my family, wife and children have accepted my apology,” he told the packed press conference.

Chua revealed that he had met with Abdullah yesterday as well as Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak and MCA president Ong Ka Ting to “personally apologised to them”.

When asked what was the outcome of his meeting with Abdullah, Chua declined to answer and instead told the reporters to ask the prime minister.

According to Chua, he got a copy of the video from a friend on Sunday and he had watched the clip.

He said the reason for the person who made the video clip without his knowledge was "very obvious",  hinting that  he was a victim of a political conspiracy within the party.

He also said he was considering making a police report on the matter but added that the police had already started investigating the video.

Chua also refused to divulge the identity of woman in the video when pressed by journalists.

“I appeal to the press to give me and my family some space during this difficult time.”


Posted at 10:55 am by islamicthinker
Make a comment  

Wednesday, May 30, 2007
TUHAN MASIH SAYANGKAN AZLINA...

ALLAHUAKHBAR!! Tiada satu ungkapan yang dapatku luahkan melainkan kata-kata pujian ke hadrat ilahi kerana dengan sifat rahimNYA aqidah anak cucu kita nanti akan lebih terjamin.

Kenapa kes Lina Joy begitu hangat berbanding kes-kes lain???

Keputusan kes ini akan menjadi rujukan untuk kes-kes murtad pada masa hadapan.  jika Lina Joy menang, implikasinya kesucian agama Islam akan tercemar disebabkan mudahnya untuk murtad darpda agama.

Berikut ini penghakiman yang telah dijalankan: (myislamnetwork.net)

Hakim Tun Fairus:
Mahkamah Syariah ada kuasa tentukan sama ada seseorang boleh murtad atau tidak.Mahkamah boleh kenakan syarat untuk murtad. Tun Fairus menyimpulkan bahawa artikel 11 tidak membenarkan Azlina Jailani untuk menukar agama sesuka hati. Azlina Jailani hanya boleh murtad mengikut undang-undang Syariah.

Tun Fairus menolak permohonan Azlina Jailani.

Hakim Datuk Richard Malanjun:
Perlembagaan Persekutuan adalah supreme. Permohonan untuk menukar status agama kepada Mahkamah Syariah adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Richard mengambil pandangan untuk tidak bersetuju dengan pandangan Tun Fairus.

Hakim Datuk Alauddin:
Bersetuju terhadap alasan yang dikemukakan oleh Hakim Tun Fairus


Keputusan Penuh Penghakiman:
Keputusan bahawa permohonan Azlina Jailani (Lina Joy) untuk menukar status agama di dalam kad pengenalannya ditolak dengan majoriti 2:1.

Kemenangan ini bukan perjuangan terakhir. Tuhan telah membuka jalan untuk perjuangan kita yang mendatang

Berita lanjut "No Joy For Lina"


Posted at 03:44 pm by islamicthinker
Make a comment  

Wednesday, May 23, 2007
Amaran awal kepada MAHASISWA !

www.malaysiakini.com

Salahuddin: Tindakan hukum pelajar sokong pembangkang ‘keterlaluan’

Pemimpin pembangkang hari ini mengecam tindakan Kementerian Pengajian Tinggi yang mahu mengambil tindakan terhadap pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang berkempen untuk pembangkang dalam pilihanraya kecil Machap dan Ijok.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan tindakan kementerian tersebut terhadap pelajar berkenaan sebagai “mengarut dan tidak demokratik”.

Beliau berkata, , sekiranya tindakan seperti ini diambil, maka negara akan kehilangan golongan pelajar yang akan memimpin masyarakat dan negara pada masa akan datang.

Beliau mengutuk keras tindakan tersebut yang disifatkannya sebagai keterlaluan sedang pensyarah dan pelajar yang pro-kerajaan dibiarkan.

“Pelajar yang berkempen tidak sepatutnya dihukum kerana ini negara demokrasi,” katanya ketika dihubungi malaysiakini hari ini.

Semalam Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata, 38 pelajar beberapa IPTA telah dikenalpasti berkempen untuk pembangkang dalam kempen pilihanraya kecil Machap dan Ijok.

Sekat kebebasan

Menurutnya, senarai nama pelajar telah diserahkan kepada jawatankuasa pemantau peringkat kementerian untuk diambil tindakan.

"Kita mempunyai maklumat tentang penglibatan mereka dan saya sudah mengarahkan jawatankuasa itu supaya mengambil tindakan terhadap mereka mengikut peraturan yang ada," kata Mustapa.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, pelajar IPTA adalah golongan yang cerdik dan mereka boleh membuat keputusan untuk menentukan kepimpinan politik.

Manakala Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ang Hok Gai pula menyifatkan, tindakan ke atas pelajar yang berkempen untuk parti pembangkang itu sebagai tidak adil dan menyekat kebebasan.

Katanya, pelajar universiti dikongkong bukan sahaja sewaktu pilihanraya, tetapi juga banyak lagi aktiviti seperti forum dan perbincangan, melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Menurutnya, Auku mesti dimansuhkan agar ia memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyertai dalam pelbagai aktiviti.

Salah langgar Auku

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, tindakan pelajar tersebut berkempen untuk parti pembangkang adalah salah kerana mereka melanggar Auku.

Menurut Auku, katanya, para pelajar tidak boleh menyertai mana-mana parti politik.

“Tindakan yang tegas harus diambil ke atas pelajar tersebut kerana mereka telahpun diberitahu tentang kesannya jika melanggar Auku tetapi mereka tidak mematuhinya,” katanya.

Syed Anuar berkata, kerajaan memberi biasiswa dan pinjaman kepada pelajar tetapi pelajar pula menentang kerajaan.

Beliau berkata, Kementerian Pelajaran lebih arif dalam hal-hal yang berkaitan dengan hukuman ini dan akan mengambil tindakan berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan.

“Kalau menurut Auku, pelajar tersebut perlu digantung, maka mereka akan digantung,” katanya.


Posted at 04:07 pm by islamicthinker
Make a comment  

DSAI tak perlu jawab KJ

KJ Takutkan Anwar @  Masa Depan

   Tuduhan yang dilontarkan kepada Dato' Seri  Anwar Ibrahim oleh Khairy Jamaludin merupakan satu publisiti murahan yang sengaja dihangatkan  bagi mendabik dada bahawa dialah jaguh UMNO yang berani berbanding pemimpin-pemimpin tikus yang lain. Khairy yang terkenal dengan jolokan 'budak hingusan' (kurniaan Tun suatu ketika dahulu) kemungkinan berasa tertekan dengan sokongan sebahagian kepimpinan bahagian UMNO yang masih berharap agar Sdr Anwar kembali ke pangkuan UMNO. Dengan itu, kononnya Sdr Anwar terlibat dalam skandal Presiden Bank Dunia apabila bertanggungjawab terhadap perlantikan Shaha,teman wanita Presiden tersebut  ke dalam Yayasan Masa Depan. Lebih teruk dari itu, KJ turut menuduh Sdr Anwar sebagai agen Yahudi Zionis yang berpusat di Israel. Hasilnya,  Si Budak hingusan itu mampu meraih sokongan bahagian-bahagian dengan lebih banyak lagi. Jadi, masa depan beliau tentu akan terselamat.

   Wajarkah Sdr Anwar menjawab segala tuduhan yang sama sekali tidak berasas itu? ataupun Si Budak hingusan tadi masih takut akan bayang-bayang serta aura karisma yang masih menebal pada diri Sdr Anwar. Buat pengetahuan pembaca yang budiman, tuduhan-tuduhan ini sentiasa dijaja dalam siri-siri kursus Biro Tata Negara.  Pernah satu hari, ketika penulis menghadiri seminar BTN di UIA, penulis terasa loya dan hampir-hampir muntah hijau+ungu tatkala melihat gelagat-gelagat badut BTN yang asyik menayangkan propaganda "Anwar agen Yahudi?".

KJ yang mudah lupa 

  Apakah KJ sudah lupa akan cabaran yang dilontarkan oleh Dato' Husam Musa berkenaan harta beliau yang bernilai jutaan ringgit, apa kaitan beliau dengan ECM Libra? Dari mana beliau peroleh wang sebanyak berjuta-juta?apa peranan beliau sebagai PM de facto. Dan yang lebih meluat sekali ialah berkenaan hubungan intim beliau dengan pelakon 'pontianak harum'....Nah, jawab isu-isu ini dulu!

   Sejak isu tersebut, Si Budak hingusan tadi dilihat menggunakan saluran mahkamah semata-mata untuk menutup mulut Sdr Husam, kemudian beliau lenyap sekejap daripada publisiti akhbar sehingga kembali semula sebagai 'wira samseng' sewaktu pilihanraya di Ijok.

Peringatan untuk KJ!

  1. Jangan jaga tepi kain orang, jahit kain sendiri dulu sebelum aib mu ditelanjangkan.
  2. Hormati orang yang lebih tua kerana umur mu masih muda...

 


Posted at 02:56 pm by islamicthinker
Make a comment  

Thursday, December 07, 2006
SATU BACAAN POLITIK NEGARA: 7 BUKTI PRU KE-12 SEMAKIN DEKAT

SIRI KE-2

2.Suara-suara di Parlimen didedahkan

  Mutaakhir ini, media arus perdana begitu beriya-iya menonjolkan peranan yang dimainkan oleh wakil-wakil rakyat Barisan Nasional dalam memperjuangkan nasib rakyat. Saban hari, terpampang di telivisyen dan akhbar berkenaan teguran-teguran lantang terhadap agensi- agensi kerajaan . Yang paling mengejutkan lagi, JAKIM selaku pelopor Islam Hadhari turut dikecam atas ketidakcekapan dalam proses penyampaian maklumat kepada rakyat. Selain itu, antara agensi yang paling popular dikalangan YB barisan Nasional adalah Jabatan Kastam Negara. Sehinggakan isu yang dibangkitkan terpalit kembali kepada pengkritiknya apabila dikatakan mempunyai kepentingan peribadi disebalik rampasan balak di Melaka. Kempen tersebut tidak hanya terhenti disini, RTM selaku badan penyiaran rasmi kerajaan berusaha untuk meluaskan propaganda membela nasib rakyat dengan memperkenalkan beberapa YB daripada Barisan Nasional. Siapa yang tidak kenal akan YB Bung Mohktar, Yusuf Kastam dan lain-lain lagi. Penulis berpendapat bahawa slogan 'Sifar Pembangkang' akan dieruskan bagi meningkatkan keyakinan rakyat bahawa kerajaan yang baik tidak memerlukan pembangkang.

  Baru-baru ini juga, Timb. Perdana Menteri selaku Ketua whip Barisan Nasional telah mengeluarkan satu surat perintah kepada semua YB BN agar tidak pulang ke kawasan masing-masing selagi Persidangan Parlimen berlangsung. Apakah faktor yang menyebabkan arahan ini dikeluarkan?? Pertama, rakyat sudah lali dengan sikap YB BN yang sering kali 'ponteng' daripada mengikuti perbahasan di Dewan Parlimen. Yang Kedua, penulis berpandangan bahawa Ketua whip terdesak untuk memaksa wakil-wakil rakyat BN untuk menjadi juara dalam setiap perbahasan di dewan. Kesimpulan yang boleh dibuat bahawa arahan tersebut merupakan satu 'siren' bagi memperingatkan wakil-wakil BN untuk lebih bekerja keras disamping dapat menunjukan prestasi yang cemerlang dalam membela nasib rakyat. Akhirnya, simpati rakyat akan ditagih dalam pilihanraya yang akan diumumkan tidak lama lagi.

3. Komitmen terhadap Kes Rasuah dan ketidaktelusan pentadbiran Diheboh-hebohkan

  Kerajaan kini dilihat masih lagi memperjuangkan agenda menghapuskan rasuah walaupun Indeks Rasuah Negara semakin meningkat berbanding era pemerintahan Tun. Bermula dengan kes Naib Presiden Umno yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dilucutkan daripada kesemua jawatan yang dipegang, atas kesalahan rasuah, kerajaan begitu komited untuk melaung 'anti-rasuah'. Sehingga kini kerajaan masih lagi berbangga terhadap slogan tersebut terutamanya ketika Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini. Agensi berita dan telivisyen milik kerajaan dieksploitasi sepenuhnya bagi membongkar kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohammad. Namun, kerajaan silap jika menganggap bahawa rakyat buta politik. Rakyat sudah masak dengan perangai BN yang bersikap acuh tak acuh terhadap kes rasuah dan korupsi.

4. Kehadiran Tokoh Karismatik Anwar Ibrahim dalam kancah politik negara

   DSAI akan dibenarkan untuk bertanding dalam PRU pada April 2008 apabila masa sekatan untuk beliau menyertai politik tanah air tamat. Perkara ini paling dibimbangi oleh UMNO terutamnya barisan Pemudanya. Ini berikutan kecaman hebat yang dibuat terhadap DSAI semasa Perhimpunan Agung Umno sedangkan beliau telah disabitkan tidak bersalah oleh mahkamah. tentu mereka sedar bahawa pengaruh DSAI masih lagi tebal dikalangan ahli-ahli UMNO. Manatidaknya, Naib Kt Pemuda UMNO sanggup bersumpah untuk tidak membenarkan DSAI menyertai UMNO kerana dianggap pengkhianat orang Melayu. Perkara ini menggambarkan bahawa UMNO tidak akan selamat selagi DSAI aktif dalam landskap politik negara. justeru, penulis berpendapat bahawa kerajaan Pak Lah akan mengumumkan tarikh PRU lebih awal bagi menyekat penyertaan DSAI dalam politik tanah air. Tentunya Pak Lah gentar akan pidato DSAI di Dewan parlimen.


Posted at 12:28 pm by islamicthinker
Make a comment  

Wednesday, December 06, 2006
Siri 1-Satu bacaan Politik: 7 bukti PRU semakin hampir

  

      Mahasiswa meramalkan PRU ke-12 akan diumumkan lebih awal berdasarkan situasi-situasi mutakhir yang seolah-olah memberikan satu 'major sign' kepada rakyat terutamanya kepada golongan pengundi berdaftar. Namun begitu, semuanya terletak pada tangan Yang Dipertuan Agong yang mempunyai kuasa mutlak untuk membubarkan Parlimen atas  nasihat Perdana Menteri. Terserahlah kepada  kebijaksanaan Pak Lah untuk meneliti suasana politik dan society will  yang tentunya mahukan perubahan secara total. Yang pasti, rakyat tidak lagi dungu dan teragak-agak untuk menghukum kepimpinan yang tidak lagi membela nasib rakyat.  Justeru, kerajaan Barisan Nasional mempunyai baki lebih kurang 3 tahun lagi untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Manakala Barisan Alternatif dan pembangkang lain perlu menunjukan prestasi yang terbilang bagi meraih kepercayaan golongan marhaen.

1. Gambaran prestasi Ekonomi yang tidak konsisten

 Baru-baru ini rakyat telah diwara-warakan di dada akhbar dan stesyen berita milik kerajaan berkenaan keadaan ekonomi negara yang semakin stabil berdasarkan peratusan KDNK  2005/2006 dan Pelaburan Luar Negara (Foreign Investment) yang semakin meningkat. Namun, terdapat beberapa fakta  yang  memberikan satu gambaran yang berlainan terhadap prestasi ekonomi negara masa kini.  Penulis akan menyatakan beberapa kes dan kesimpulan disebalik isu yang berlaku.

  Pertama, berkenaan penggabungan antara syarikat gergasi perladangan di Malaysia; Guthrie dan Sime Darby. Persoalannya apakah faktor pendesak bagi penggabungan kedua-dua syarikat tersebut sedangkan situasi Ekonomi negara kini amat  memberangsangkan seperti yang diwar-warkan. Tambahan pula syarikat terbabit merupakan syarikat yang kukuh dan stabil dalam negara. Penulis juga ingin membangkitkan kembali tentang kes penggabungan bank-bank di Malaysia semasa kegawatan ekonomi terjadi pada tahun 1997/98 atas nasihat Bank Negara. Hasilnya kini terbentuklah gabungan Bank Bumiputera-Commerce dan sebagainya.

   Yang kedua, PROTON kini terdesak untuk mencari rakan kongsi dari luar negara bagi menampung kos R&D dan pengeluaran kereta. Perkara tersebut telah diutarakan oleh CEO Proton sendiri, Syed Zainal Abidin sewaktu sidang akhbar bulan lepas. Menurut beliau juga kerugian Proton kali ini meningkat berbanding suku pertama. Persoalan yang hendak dilontarkan, apakah Proton bakal senasib dengan syarikat bankrup milik kerajaan yang lain seperti Perwaja Steel. Yang ketiga, Agihan keuntungan ASN kepada pemegang saham pada tahun 2005/06 sebanyak 6.17 berbanding 7 pada tahun sebelumnya.

   Yang ketiga, desakan Pak Lah terhadap bank-bank agar memberikan pinjaman modal kepada usahawan-usahawan pertanian negara. Menurut teori perbankan, bank-bank hanya akan memberikan pinjaman modal berdasarkan aset cair semasa yang dimiliki oleh bank tersebut. Jika pinjaman diberikan melebihi aset tersebut maka proses pengaliran wang akan terganggu seterusnya akan menyebabkan kerugian dan meningkatkan hutang bank. Justeru situasi tersebut membuktikan bahawa bank-bank kini tidak mempunyai kemampuan untuk memberikan pinjaman, apakah situasi ini menggambarkan situasi sebenar kegawatan ekonomi???

  Yang terakhir tentang kenyataan Menteri dan Timb Menteri kewangan,  berkenaan isu minyak, tol dan projek mega. Kerajaan dilihat sekali lagi memberikan janji manis kepada rakyat bahawa harga minyak akan diturunkan pada tahun 2007. Apakah kenyataan ini sebahagian daripada taktik lama untuk menghadapi PRU ke-12? Begitu juga, dengan isu tol. Kerajaan sekali lagi berkongsi duka dan perit dengan menggambarkan kerugian kerajaan dalam menanggung beban subsidi kepada pemegang konsesi lebuhraya setiap tahun. Adakah ini termasuk strategi ugutan secara halus yang dimainkan oleh pemimpin BN?

  Penulis juga ingin mempersoalkan komitmen kerajaan terhadap Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang dikatakan mempunyai keluasan 3 kali ganda daripada Singapura. Sedangkan dalam jawapan Pak lah terhadap kritikan Tun, kerajaan kini akan mempraktiskan perbelanjaan berhemah berikutan perbelanjaan defisit negara beberapa tahun kebelakangan ini. Disebabkan dasar kerajaan ini juga projek jambatan bengkok yang dalam pembinaan diberhentikan serta-merta. Apakah ini strategi untuk menyelamatkan kontraktor kelas A yang hampir gulung tikar akibat tiada projek? Penulis juga ingin membangkitkan dasar kerajaan terhadap beribu kontraktor kelas F yang sudah muflis? Apa yang Penulis boleh simpulkan bahawa dalam situasi ekonomi yang sebenarnya tidak stabil, kerajaan terdesak untuk menunjukan prestasi ekonomi yang lebih cemerlang berbanding semasa pemerintahan Tun. Gambaran ini dijaja bagi membuktikan kejayaan kepimpinan Pak Lah dan kabinetnya dalam mentadbir ekonomi negara bagi meraih sokongan rakyat seperti yang berlaku pada tahun 2004.

Bersambung


Posted at 03:12 pm by islamicthinker
Comments (5)  

Wednesday, October 18, 2006
Time bersama famili

Raya eidulfitri merupakan masa terbaik untuk diisi disamping keluarga.....segala kesalahan lalu wajarlah dipohon kemaafan pada hari yang baik in terutamanya kpd sisw-siswi yang merantau jauh untuk melanjutkan pengajian. Peluklah dan ciumlah tangan ibu bapa anda dengan mengaharapkan redha drp mereka...............

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEBARAN..........SEMOGA BERTEMU KEMBALI DENGAN RAMADHAN AKAN DATANG!


Posted at 05:56 pm by islamicthinker
Make a comment  

Monday, September 25, 2006
Isu PENSWASTAAN MAHALLAH selesai!!!!

Tahniah kpd MPP di bawah kepimpinan Mohd Radziq Jalaludin......

Notis di bawah merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani sendiri oleh Timb. Rektor HEP & Alumni.

  Terima kasih kerana memperjuangkan kebajikan pelajar UIAM!

 

   BAGAIMANAPULA DENGAN BARISAN MPP WuFi BARU?????

Anda perlu berwaspada kerana:

  1. Prestasi anda akan diperhatikan...
  2. Tanggungjawab anda akan dipersoalkan...
  3. Perubahan dari anda amat dinantikan...

 

 

 


Posted at 11:29 pm by islamicthinker
Comment (1)  

Next Page


islamicthinker
Male
Malaysia


Kenali DiriKu dengan MAY ...
  • * Kuat semangat
  • *bermotivasi tinggi.
  • * Pandai menarik hati orang
  • * Perasaan amat mendalam.
  • * Cantik dari segi fizikal.
  • * Tetap pendirian
  • * Mudah dipujuk.
  • * Bersikap sistematik (otak kiri).
  • * Suka berangan.
  • * Daya khayalan yang tinggi.
  • * Permikiran yang tajam.
  • * Pandai berdebat.
  • * Tidak boleh duduk diam.
  • * Degil dan Nakal
  • * Rajin dan bersemangat tinggi.
  • * Agak boros
    Kajian personaliti Individu berdasarkan Bulan di atas telah disempurnakan oleh Dr Fazilah Kamsah
  •    

    << January 2012 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    01 02 03 04 05 06 07
    08 09 10 11 12 13 14
    15 16 17 18 19 20 21
    22 23 24 25 26 27 28
    29 30 31

    Sesuai untuk Tontonan Rakyat yang tak nak Tertipu dengan TV & Akhbar Perdana
    IQRA' BISMIRABBIKAL LADZII KHOLAQ ..........

    KATA-KATA KERAMAT
    “Ihsan adalah kamu beribadah kpd Allah seolah-olah kamu melihatnya, jika ini tidak dapat kamu capai kamu mesti yakin bahawa Dia sentiasa melihat kamu” Hadis riwayat Muslim


    AKHLAK ADALAH BUNGA DIRI, INDAH DILIHAT OLEH MATA, SENANG DIRASA OLEH HATI, MEMBUAT SETIAP ORANG JATUH CINTA

    SELAMAT DATANG WELCOME & ahlan Wa sahlan
    Free Web Site Counter
    Free Web Site Counter
    WeLcOme To UsRaH OnLinE

    KEMPEN "AYUH KE MASJID TERDEKAT" Islamic.Finder: Finding Islamic Places and Prayer times 
    Kuala Lumpur, Malaysia
    15 Rajab 1427
    August 9, 2006
    Help    Powered by www.IslamicFinder.org
    DayWednesday
    Fajr6:00
    Sunrise7:11
    Dhuhr1:19
    Asr4:39
    Maghrib7:26
    Isha8:34
    Get Athan Software

    Jika anda ingin iklankan aktiviti ilmu di sini, silalah kirimkan maklumat tersebut menerusi emel rasmi kami

    Mahasiswa Menggugat
  • kampusnegara
  • idealis-mahasiswa
    Jaringan Fikrah Muda.....
  • kitaro
  • Presiden ENMs
  • awan
  • muhtarsuhaili
  • x-Presiden Badar 03
  • pakdi
  • Akal Muda
  • Saif
    Politik Kampus
  • Mahasiswa UIAM
  • Mahasiswa UM
  • Mahasiswa UTM
  • Mahasiswa UPM
  • Mahasiswa UMS
  • Mahasiswa USM
    Pejuang Seni Islam
  • Dr Faisal Tehrani
    Info-Riang Anda
  • lawak best
    Jaringan Bisnes Global Global-bizz
    Kediktatoran Kerajaan terhadap Jaringan Blog:
    Adakah Para Blogger perlu disekat untuk berekspresi melalui blog?

    Totally not agree
    Agree but....
    Totally Agree
    Atas pagar.....

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed